salam semua
dah lama tak update blog ni..rasa bersalah la pulak sebab abaikan blog ni...huhu..aku sebenarnya tak sempat nak blogging..kalau aku on9 pun, aku masuk fb jer..huhu..lagi satu, kalau kakak-kakak aku balik, memang aku takkan blogging...sebabnya mereka akan menempel ngan aku nak tengok aku tulis apa..hahaha...tu yang tak best!elok-elok ada idea, habis semua hilang..kalau tak duduk kat sebelah aku, diorang akan lalu-lalang kat tepi pc ya..hahaha..tak baek cakap kakak macam tu..tapi memang diorang tidak dibenarkan sama sekali baca blog aku!(nanti diorang report kat mak aku pasal blog aku macam mana kan?hahahaha)..bukan rahsia besar pun..rahsia budak remaja macam aku...biasalah, bukan semua benda kita boleh kongsi dengan sesapa kan?..ada benda kita perlu takleh share ngan sesapa..hanya untuk diri kita sahaja..dan pada pendapat aku la, aku lebih suka share sesuatu benda ngan orang yang aku tak kenal macam blogger-blogger sekalian..it depends on topik yang aku nak share la..kalau terlalu peribadi takkan nak tulis..iya tak?huhu...
ok2..oleh sebab aku dah lama tak update blog, jadi semua cerita yang aku nak tulis dah hilang dibawa angin lalu..huhu..tapi, aku cuba jugak tulis semua yang aku ingat kat sini..kira macam rumusan la..hahaha..bajet nak jawab kertas BM SPM ni...topik pertama : HARI RAYA (cerita ni dah basi sebenarnya tapi aku nak tulis jugak!)..raya tahun ni biasa-biasa jer..takla meriah sangat..duit raya?ermmmm, memandangkan hamba dah besar panjang, kutipan keseluruhan duit raya hamba tersangatlah sikit...hanya sekitar RM30++..hahaha..takpela, tu pun dah kira banyak la..sebenarnya, aku pun tak sangka ada lagi insan berhati mulia(cehh!) yang sudi menghulurkan hamba sampul yang berisi duit raya ya..hahaha..terima kasih pak cik, mak cik, abang, kakak yang memberi kebahagian kewangan kepada hamba di pagi syawal lalu..huhu...sepupu-sepupu yang sporting jugak telah berjaya menceriakan hari raya aku..walaupun aku tak banyak keluarkan idea untuk korang suka, tapi aku still suka dengan lawak korang...macam biasa la yer, antara sepupu-sepupuku semua, aku yang paling pasif..so, aku gelak jer la..nak buat lawak 'kureng' reti..stakat nak berlawak ngan Encik Oyen tu boleh la..sebab dia pun bukannya ada perasaan..lawak aku tak kelakar pun dia tetap 'miow3'..hahaha..sebab tu la aku sayang Encik Oyen ni..hahahha..
seterusnya: OPEN HOUSE...bukan kat rumah aku tapi kat rumah kawan aku...terima kasih misshanis sebab sudi ajak aku pegi rumah kau ya..dan aku dengan muka tak malunya telah berjaya menghabiskan dua gelas koktel di rumah misshanis ni ya..alah, dua jer bukan banyak pun!huhu...menu yang aku makan kt umah misshanis ni ROTI JALA+KOKTEL+AIR OREN...sangat-sangat best dapat beraya kat rumah misshanis...plus dapat tambah duit raya..hahaha..
***********


No comments:
Post a Comment