Yuhuuu!You're totally welcome to be here!sila la datang lagi!xDxD!Thanks!! xD

Sep 30, 2010

OFF for 60 days on FB!

korang rasa aku berjaya tak nak offline 2 bulan kat fb nih..hahaha..INSYAALLAH aku tak on dalam masa dua bulan nih..bukan apa..final exam dah dekat..final exam nih bukan boleh buat maen-maen..naya dibuatnya kalau dapat result cukup-cukup makan jer..macam mana nak survive kalau macam tu kan?huhu..tahun depan dah SPM..lagi la nak kena belajar dengan tekunnya..hahaha...cehh, bajet budak rajin nih..huhu...


*Jiu Park is the best nickname that suits me*

sebenarnya, aku nak tulis macam ni tau
  'OFF for 430 days...will be back on 1st January 2012'
tapi, bila aku pikir-pikir balik, sanggup ke aku nak buat macam ni?dan jawapannya mestilah tak sanggupppp..hahaha..so, aku buat keputusan nak off untuk 2 bulan jer..kira macam tempoh percubaan la ni..kalau berjaya, aku cuba lagi lama..4 bulan ker, 5 bulan ker...hahahha..entah-entah nanti aku on balik, semua orang dah tak maen fb kot..hahaha..aku rancang benda ni dah lama tapi sekarang baru terlaksana..hahaha...biarkan biarkan..mungkin kesedaran dah timbul dalam diri saya..kesedaran untuk belajar bagi mengejar cita-cita..hahaha..dah masuk fasa sedar diri la nih..huhu..

bila dah masuk bab cita-cita ni, aku sebenarnya takde pendirian lagi nak ambik course apa lepas SPM..hahaha..dua pilihan (buat masa sekarang..huhu) - chemical engineering or biochemistry...tapi kadang-kadang tu rasa macam nak buat medic pun ada (lagi-lagi lepas syok bedah katak)...tapi satu jer masalah aku kalau nak ambik medic..berdasarkan apa yang sepupu aku cakap, belajar bidang perubatan ni kena baca buku secara konsisten yang sah-sah aku tak boleh buat!buku sejarah yang tebal tak sampai dua ratus pun aku malas nak baca, ini kan lagi buku-buku medic yang ketebalannya tak payah cakap..

chemical engineering mungkin pilihan pertama aku...sebabnya kimia paling best antara ketiga-tiga subjek sains tulen tu...aku minat chemi engin ni masa form 2 lagi...masa tu takde lagi kawan-kawan aku yang berminat dengan chemi engin nih..tup2 tahun nih ramai la pulak yang minat nak buat course ni..aku bukan tak suka diorang minat sama macam aku tapi lumrah manusia la, mana ada orang yang suka kongsi-kongsi macam nih..hatta cita-cita pun aku kureng selesa berkongsi dengan orang laen....hahahha...weirdo btol..huhu

kesimpulan untuk hari ni, aku akan cuba pertahankan ke-OFFLINE aku kat fb dan lebihkan waktu belajar untuk final exam nih...dan aku harap aku akan dapat buat pilihan yang terbaek untuk bidang yang paling sesuai dengan aku...sekian untuk arini..ciao dulu..salam..peace no war (^.^)


doctor for a day!

salam kepada semua blogger di luar sana..sihatkah anda? (bajet ayat skema nih..huhu)..arini 30 september 2010, kami, budak-budak kelas 4 Ibnu Hayyan SMK Ismail Petra telah dengan jayanya melakukan pembedahan terhadap beberapa ekor katak malang..hahahahaha...katak-katak tersebut yang memang bernasib malang telah selamat menjalani pembedahan untuk meningkatkan pengetahuan biology kami tentang proses pernafasan haiwan amfibia..jom kita tengok gambar-gambar yang sempat di-snap oleh photographer kita - Cik Umi Amirah...

**amaran kepada mereka yang geli dengan katak dan organ-organ dalaman!**
encik katak sebelum dipengsankan dengan klorofom

proses cucikan katak yang dilakukan oleh cik wanie sebelum dibedah..not necessary sebenarnya..*sori gambar tak sempat rotate* 

encik katak yang dah mati

(=_=)''

nah, organ encik katak!

proses belek-membelek badan encik katak 

alhamdulillah, proses pembedahan berjalan dengan lancar dengan kerjasama encik katak dan ahli-ahli kumpulan aku yang berjaya mengatasi kegelian terhadap encik katak atau lebih mesra dipangil LeeDok (singkatan untuk Little Kodok)...syok tau!korang patut cuba!hahahahhaha





Sep 28, 2010

please go away!

sad!yes, I'm in sadness but I damn know nothing bout this feeling..I feel like crying inside!damn!there's no specific reason why I'm acting like this..it comes normally and and it really drives me crazy..you know, when we suddenly feel uncomfortable inside and the tense makes us acting weirdly? I don't know what is happening but I wish I could be somewhere else..neither in Kelantan nor in Malaysia!..I wanna go to a place where nobody would recognize me, where I could build a new life, where I could be a perfect stranger !insane!!..hahaha...those are just my dream!my stupid dreams that will never come true!

and when those dreams come across my mind, I'll listen to this song..it will make me cry..again and again..weirdo..(you should listen to zikir la..huhu)..



special from me to all of you who are reading this post

Big Bang's Haru Haru (day by day)


















       






 I wish I could be that girl, at least GD loves her..hahaha..and she got T.O.P by her side..huhu..kidding me la...


I'm an ordinary girl who dreams to act extraordinary


***post ini dibuat semasa pemilik blog sedang mereng. Harap anda mengerti dan semoga dimaafkan segala kesalahan yang dibuat seperti menyusahkan anda untuk faham.Terima kasih***

Sep 24, 2010

LG Lollipop GD580

di saat anda-anda semua nakkan iPhone 4, aku pulak gilakan hp ni - LG Lollipop GD580...model yang kiut-miut dengan grafik yang sungguh menawan hati...hehehe..model ni dah lama keluar..kalau tak silap aku hp ni keluar kat Korea tahun lepas lagi..tapi masuk Malaysia tahun ni kot..entah la..aku pun tak tau sangat sebenarnya..cuba korang tengok gamba-gamba ni, apa pendapat korang ya?


*GD with GD580*


*LG Lollipop yang sangat cumel*


*lolli lolli lolli pop~~*




*cute graphics*


fakta yang tidak dapat dinafikan ialah sebab utama aku nak beli hp ni adalah BIG BANG...hahahaha..sebab Big Bang yang jadi jurucakap untuk Lollipop ni..hahha..sungguh tak bertamadun dan sedikit obses kan?hehe..sebab kedua...hp ni modelnya GD580...GD kat depan tu maksudnya G-Dragon, leader Big Bang yang aku minat tu...hahaha..mereng la..sungguh tak matang (=_=)...


sila la tengok mv ni ya...hamba mau pergi dulu, nak cari duit buat beli lollipop..huhu...(cari duit apa malam-malam buta nih??hehehe)


1st to 16th November 2010!

exam oh exam
kenapa kau harus datang
datang engkau tidak berjemput
tiba pun tak bersambut~~


arini jom kita cakap pasal exam..hahaha..aku ni bajet suka exam jer tapi hampeh la..kepada sesiapa yang suka exam tahap gila, sila tarik telinga anda 5 inci!!tarik cepat, aku nak bilang..huhu..aku antara orang yang sangat tidak gemarkan exam (sebab aku suka belajar last minit agaknya..hehe)..time exam jer, memang tak cukup tangan nak pegang buku la..kalau boleh nak baca dua buku sekali gus..mata kanan tengok buku sejarah, mata kiri tengok buku PAI..haha..bengong betul..time aku sekolah rendah dulu, cikgu aku cakap bukan semua orang boleh ingat dan jawab periksa kalau belajar awal-awal...macam cikgu tu, dia cakap dia tak boleh buat persiapan awal-awal sebab dia akan lupa semua yang dia baca..so, dia belajar last minit..assignments pun macam tu..dia tak suka siapkan awal-awal sebab dia rasa tak puas dengan apa yang dia buat..dia cakap tekanan untuk siapkan kerja-kerja tu yang jadikan assignment dia bagus!opss..tunggu jap!semua ni pengalaman cikgu aku yang diceritakan balik kat sini..kita mungkin tak boleh nak buat macam cikgu aku ni..contoh yang terbaek adalah aku..aku tak nafikan yang aku ni betul-betul pemalas (sebab tu blog ni jarang ber-update..huhu)..kalau homework yang cikgu bagi tu, memang jarang la aku tak tangguh..homework aku yang tak siap sentiasa ada dan bertambah banyak kalau cikgu tak mintak..haha..dan keadaan akan bertambah teruk apabila  En. EXAM ni datang balik cakap nak buat date ngan aku...memang hampeh betul!nak tido pun tak boleh..hahaha

En. Exam ni tak tau malu tau..siang malam pot pet pot pet tak nak berhenti...siap bagi aku mesej lagi..hahaha..mesejnya berbunyi : 'wei, esok aku nak bawak adik aku yang nama KIMIA jumpa kau, boleh?'...aku reply 'boleh jer'..dia hantar balik..'si 'FIZIK' pun nak ikut, ok ker?'..aku jawab 'boleh2'..hahaha..so, untuk persiapan nak jumpa En.Exam bersama si Kimia ngan Fizik tu, terpaksalah aku bercengkang mata, bertegang otot (betul ka?) sampai pagi supaya semuanya perfect!kalau tak perfect, si kimia ngan fizik tu akan report kat mama ngan papa diorang pasal aku..hahahaha...paham-paham kan diri anda siapa mama dan papa diorang sebenarnya..huhu...tapi kawan-kawan, En.Exam ni tak setia tau..paling lama dia ngan aku pun sebulan jer kot...hukhuk..lepas dua bulan, dia datang balik..tapi seminggu dua lepas dia dia tinggal aku balik..huhu...lumrah hidup la..hehehehe

ok2, sedikit mereng ya malam ni..entah macam mana la cerita macam tu boleh kuar..hahaha..aku harap aku boleh ubah tabiat suka buat kerja last minit yang dah sebati dalam hidup aku ni..hahhaa..korang tolong doakan yer?mulut mak ngan ayah aku pun dah letih nak tegur aku ni..aku bukan tak nak siapkan..keinginan tak nak tangguh kerja ngan nak belajar awal-awal tu memang ada tapi terlalu banyak godaan la...hehe..INSYAALLAH aku boleh!hhehehe..10A+ in SPMmmmmmmmmmmm!!(bayangkan aku tengah menjerit macam tarzan ya..hehe)...HWAITING!
(bersemangat tahap gila ni..hehe)



wish me luck on my exam!!

Sep 21, 2010

salam semua
dah lama tak update blog ni..rasa bersalah la pulak sebab abaikan blog ni...huhu..aku sebenarnya tak sempat nak blogging..kalau aku on9 pun, aku masuk fb jer..huhu..lagi satu, kalau kakak-kakak aku balik, memang aku takkan blogging...sebabnya mereka akan menempel ngan aku nak tengok aku tulis apa..hahaha...tu yang tak best!elok-elok ada idea, habis semua hilang..kalau tak duduk kat sebelah aku, diorang akan lalu-lalang kat tepi pc ya..hahaha..tak baek cakap kakak macam tu..tapi memang diorang tidak dibenarkan sama sekali baca blog aku!(nanti diorang report kat mak aku pasal blog aku macam mana kan?hahahaha)..bukan rahsia besar pun..rahsia budak remaja macam aku...biasalah, bukan semua benda kita boleh kongsi dengan sesapa kan?..ada benda kita perlu takleh share ngan sesapa..hanya untuk diri kita sahaja..dan pada pendapat aku la, aku lebih suka share sesuatu benda ngan orang yang aku tak kenal macam blogger-blogger sekalian..it depends on topik yang aku nak share la..kalau terlalu peribadi takkan nak tulis..iya tak?huhu...

ok2..oleh sebab aku dah lama tak update blog, jadi semua cerita yang aku nak tulis dah hilang dibawa angin lalu..huhu..tapi, aku cuba jugak tulis semua yang aku ingat kat sini..kira macam rumusan la..hahaha..bajet nak jawab kertas BM SPM ni...topik pertama : HARI RAYA (cerita ni dah basi sebenarnya tapi aku nak tulis jugak!)..raya tahun ni biasa-biasa jer..takla meriah sangat..duit raya?ermmmm, memandangkan hamba dah besar panjang, kutipan keseluruhan duit raya hamba tersangatlah sikit...hanya sekitar RM30++..hahaha..takpela, tu pun dah kira banyak la..sebenarnya, aku pun tak sangka ada lagi insan berhati mulia(cehh!) yang sudi menghulurkan hamba sampul yang berisi duit raya ya..hahaha..terima kasih pak cik, mak cik, abang, kakak yang memberi kebahagian kewangan kepada hamba di pagi syawal lalu..huhu...sepupu-sepupu yang sporting jugak telah berjaya menceriakan hari raya aku..walaupun aku tak banyak keluarkan idea untuk korang suka, tapi aku still suka dengan lawak korang...macam biasa la yer, antara sepupu-sepupuku semua, aku yang paling pasif..so, aku gelak jer la..nak buat lawak 'kureng' reti..stakat nak berlawak ngan Encik Oyen tu boleh la..sebab dia pun bukannya ada perasaan..lawak aku tak kelakar pun dia tetap 'miow3'..hahaha..sebab tu la aku sayang Encik Oyen ni..hahahha..


seterusnya: OPEN HOUSE...bukan kat rumah aku tapi kat rumah kawan aku...terima kasih misshanis sebab sudi ajak aku pegi rumah kau ya..dan aku dengan muka tak malunya telah berjaya menghabiskan dua gelas koktel di rumah misshanis ni ya..alah, dua jer bukan banyak pun!huhu...menu yang aku makan kt umah misshanis ni ROTI JALA+KOKTEL+AIR OREN...sangat-sangat best dapat beraya kat rumah misshanis...plus dapat tambah duit raya..hahaha..

***********

Sep 9, 2010

Selamat Hari Raya

saya kembali mau ucap selamat hari raya
untuk kalian blogger semua
nanti makan jangan tak ingat dunia
kalau nak simpan untuk saya pun takpa!

selamat hari raya untuk kalian semua..moga raya ni lagi bermakna untuk korang..jangan maen mercun ya nanti tak beraya la korang..hahaha..bajet budak baek nih..balik kampung ke??selamat bercuti dengan keluarga..aku balik kampung nanti pegi raya sebab kampung aku tersangatlah dekat..kalau F1 tu 5 minit pun dah sampai kot..huhu...tahun ni raya akak sulung aku takde so tak complete la family kami..tapi no hal la akak sorang lagi kan ada..ramai lagi sepupu sepapat suku sakat aku ada..tapi masalahnya aku tak rapat sangat ngan mereka...yang paling rapat pun dengan sepupu-sepupu aku tu jer..tapi ok la, at least dapat berhari raya dengan family jugak kan..time raya macam ni teringatlah la pulak budak-budak Malaysia yang tengah belajar kat overseas tu..macam mana diorang raya erk?mesti sedih kan family jauh tak dapat raya sama-sama...huhu..teringat jugak arwah atuk ngan mak cik aku..biasanya, arwah mak cik aku yang jahit baju kitorang semua time raya..macam-macam design dia buat..tak sehebat fashion designers kat luar sana tapi cukup hebat buat kami semua..nak kurung moden, jubah semua mak cik buat...tunggu kitorang cakap jer..huhuhu...seingat aku, time arwah mak cik sakit pun dia sanggup lagi nak jahit baju untuk kitorang semua..waa~~ni yang nak nangis nih..hehe...arwah mak cik is the best tailor ever!!no one can beat her in our hearts!!

hari ni - 09/09/10 birthday mak aku yang ke 56..aku happy sebab tahun ni aku yang paling awal wish mak aku happy birthday..selalunya aku yang last dapat wish..kakak-kakak aku dulu yang wish..tapi tahun ni aku jadi johan ya..hahahha(gelak bangga)...tapi yang lagi best, mak ngan ayah aku siap bagi hadiah kat aku arini..huhu..birthday mak tapi aku yang dapat hadiah..hadiahnya ialah -----------------------------> kamera Olympus FE-4030..huhu...sebenarnya aku yang mengada-ngada mintak beli mak aku belikan kamera ni..mak aku tengah mood baek arini so dia belikan aku banda ni..hahaha...ambik kesempatan nih...don't do this at home!hahhahha..u're such a lovely mother mama..no one can replace u in our hearts..u're the best among the best!love u forever ya..muahhhxxx..hahaha...

ok la..nak pegi sambung kemas rumah jap..SALAM AIDILFITRI semua..MAAF ZAHIR DAN BATIN...
 
makan ketupat makan lemang
tidak lupa juga dimakan bersama rendang
juadah lebaran simpan untuk saya sorang
supaya lebaran ini disambut dengan lebih riang




Sep 5, 2010

budak cumel ni dah balik!

my favorite niece dah balik la..hehe..aku terkejut sebenarnya sebab diorang tak cakap pun nak balik bila, alih-alih, pagi tadi terpacak kat depan rumah...huhu...pagi-pagi lagi mak aku dah kejut...bangun-bangun...abby dah sampai la..hah?btul ker?...memang tak nak percaya..ingat mak aku nak bergurau-senda dengan aku di pagi yang indah...hahaha...tapi, mak aku cakap betul la..abby balik... yey yey dan yey!hahahaha...jom tengok gambar abby...jom~~

*zaman muda*

pandang sini cepat!


adriana batrisyia

abby nak bear tu~~

yang ni, boleh?

isi perut jap..hehe


my dearest niece, i hope u will grow up to be an excellent Muslimah, to obey to HIS orders, to love our Prophet, to be a solehah daughter to your parents and to be great to people..3 words from cik su to you..
  I LOVE YOU!사랑해 ~~ 

plan no.3 dah berjaya!

salam. 
yuhuuu~~ apa kaba semua??hehehe..hepi la hari ni..xDxD..hepi sebab dapat beli komik KIM Da-Hee...haha..dengan berjayanya aku dapat beli komik ni, maka dengan rasminya plan no.3 aku untuk cuti sekolah ni telah terlaksana dengan jayanya...plan no.3 - borong komik banyak-banyak!ermm, kiranya rancangan ni dah berjaya la ya...3 biji komik berjaya diborong - Twinkle 1, Twinkle 2 & Twinkle 3..3 kali RM 6.50 jadi RM 19.50..habis duit gaji mak aku bagi!hahahahha...eh nak story sikit psal komik ni la...komik ni pasal mahasiswi universiti yang sangat suka lukis gambar lelaki-lelaki handsome yang macam dalam drama..lepas tu, pompuan tu -Byeol terjatuh hati la plak kat Shi Hyuk-budak sekolah menengah...seterusnya, kisah usaha gigih si Byeol yang perangai macam budak sekolah rendah ni nak tawan hati Shi Hyuk tu..best gak la (tapi, kadang-kadang menyampah ngan watak Byeol yang memang tak berapa nak cerdik)..jom tgk cover komik ni!

*Shi Hyuk yang handsome..huhu*

*Byeol nampak cute untuk cover ni*

*the best - cover Twinkle yang paling cantik!)

secara keseluruhannya, aku rate komik ni 7/10..yang paling tak puas hati, ending komik ni sedikit tergantung...hero no 2 - Senior Su-e tak tau pegi mana, tup-tup keluar 3 tahun kemudian terus..tapi, ok la untuk aku baca time cuti sekolah macam ni?hehe (sangat-sangat buang masa tapi I LIKE IT..huhu...)..jom join hagemaru nyanyi ~~

seronoknya rasa hati,
plan no.2 dah menjadi, 
nanti saya nak rancang lagi, 
supaya cuti kali ni lebih terisi~~

salam, jumpa lagi, annyeong-hi gyeseyo^^



p/s:dompet macik dah kosong lepas beli komik-komik berkenaan wahai anak-anak sekalian...hehe..semua tak dapat duit raya ya..huhu:)



Sep 2, 2010

yey!dah cuti la...

saya sangatlah gembira
cuti sekolah dah bermula
nanti nak sambut raya
pakai baju baru semua~~

(sila nyanyi dengan nada hagemaru hageda)

say hooray!hahahha...cuti sekolah datang lagi!dan part paling best ialah -----> homework cikgu tak bagi (memang nak suh raye kot...huhu)
pagi tadi pun memang dah tak belajar+balik awal...so, kitorang enjoy la..hahaha...so, berlaulah sesi peluk memeluk antara kami semua (perempuan sahaja ya!)..dan oleh sebab aku demam, dengan bangganya aku berjaya sebarkan virus ni pada mereka-mereka yang aku dah peluk..hahahha..maaf la ya..kad raya yang sampai kat meja aku pun banyak gak *wink wink* (4 tu dah kira banyak la kan?hehe)yang datang melayang dari jauh pun ada (sangat bangga walaupun ditujukan kepada semua classmates aku sebenarnya)..terharu jugaklah baca yang dia tulis..tak sangka ya..dia ingat lagi kat kitorang ni..hahaha..budak ni sebenarnya dapat tawaran pegi MARA...dan budak ni tak rapat sangat dengan aku...saja jer nak tunjuk rasa bangga..hahaha..ikhlas aku cakap, ingatan aku untuk budak tu dah takde sebenarnya..hahaha (sangat jahat!)..plus, geng aku penah ada kes ngan budak tu..huhu...tapi, kami dah tak kesah sangat..dia pun dah tak blaja kat sekolah tu..lupakan lupakan!

oh, lupa nak cakap, kitorang cuti 2 minggu tau..best tahap gilak!hahaha..aku dah plan holiday ni nak buat apa..aku harap jadi la semua yang aku plan tu...antara yang dah dirancang, aku nak jaga blog ni elok (setelah terabai agak lama..huhu)harap semua yang baca post ni follow blog aku dan terus bagi sokongan..hehehe..ok la..salam semua...

*peace no war*

paling lambat!

salam semua

fuhh..dapat gak on kt cni...setelah lama aku usaha nak buat post ni, akhirnya berjaya jgak...tapi, aku org paling last wish kat sini kan..hahaha..tak kesah la..janji aku ada semangat nak wish..huhu..SELAMAT ULANG TAHUN KE-53 MALAYSIA!hahahahha..fuhh!puas hati!hahaha..



hari raya makan ketupat, 
ketupat rendang mak yang buat,
kepada MALAYSIA saya ucapkan SELAMAT,
moga berkekalan sehingga akhir hayat.

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA...i love u so much
terima kasih 
xie xie ne
nandran (ni x konfem)
kamsahamnida
mucha gracias
arigato
syukran jazilan