exam oh exam
kenapa kau harus datang
datang engkau tidak berjemput
tiba pun tak bersambut~~
arini jom kita cakap pasal exam..hahaha..aku ni bajet suka exam jer tapi hampeh la..kepada sesiapa yang suka exam tahap gila, sila tarik telinga anda 5 inci!!tarik cepat, aku nak bilang..huhu..aku antara orang yang sangat tidak gemarkan exam (sebab aku suka belajar last minit agaknya..hehe)..time exam jer, memang tak cukup tangan nak pegang buku la..kalau boleh nak baca dua buku sekali gus..mata kanan tengok buku sejarah, mata kiri tengok buku PAI..haha..bengong betul..time aku sekolah rendah dulu, cikgu aku cakap bukan semua orang boleh ingat dan jawab periksa kalau belajar awal-awal...macam cikgu tu, dia cakap dia tak boleh buat persiapan awal-awal sebab dia akan lupa semua yang dia baca..so, dia belajar last minit..assignments pun macam tu..dia tak suka siapkan awal-awal sebab dia rasa tak puas dengan apa yang dia buat..dia cakap tekanan untuk siapkan kerja-kerja tu yang jadikan assignment dia bagus!opss..tunggu jap!semua ni pengalaman cikgu aku yang diceritakan balik kat sini..kita mungkin tak boleh nak buat macam cikgu aku ni..contoh yang terbaek adalah aku..aku tak nafikan yang aku ni betul-betul pemalas (sebab tu blog ni jarang ber-update..huhu)..kalau homework yang cikgu bagi tu, memang jarang la aku tak tangguh..homework aku yang tak siap sentiasa ada dan bertambah banyak kalau cikgu tak mintak..haha..dan keadaan akan bertambah teruk apabila En. EXAM ni datang balik cakap nak buat date ngan aku...memang hampeh betul!nak tido pun tak boleh..hahaha
En. Exam ni tak tau malu tau..siang malam pot pet pot pet tak nak berhenti...siap bagi aku mesej lagi..hahaha..mesejnya berbunyi : 'wei, esok aku nak bawak adik aku yang nama KIMIA jumpa kau, boleh?'...aku reply 'boleh jer'..dia hantar balik..'si 'FIZIK' pun nak ikut, ok ker?'..aku jawab 'boleh2'..hahaha..so, untuk persiapan nak jumpa En.Exam bersama si Kimia ngan Fizik tu, terpaksalah aku bercengkang mata, bertegang otot (betul ka?) sampai pagi supaya semuanya perfect!kalau tak perfect, si kimia ngan fizik tu akan report kat mama ngan papa diorang pasal aku..hahahaha...paham-paham kan diri anda siapa mama dan papa diorang sebenarnya..huhu...tapi kawan-kawan, En.Exam ni tak setia tau..paling lama dia ngan aku pun sebulan jer kot...hukhuk..lepas dua bulan, dia datang balik..tapi seminggu dua lepas dia dia tinggal aku balik..huhu...lumrah hidup la..hehehehe
ok2, sedikit mereng ya malam ni..entah macam mana la cerita macam tu boleh kuar..hahaha..aku harap aku boleh ubah tabiat suka buat kerja last minit yang dah sebati dalam hidup aku ni..hahhaa..korang tolong doakan yer?mulut mak ngan ayah aku pun dah letih nak tegur aku ni..aku bukan tak nak siapkan..keinginan tak nak tangguh kerja ngan nak belajar awal-awal tu memang ada tapi terlalu banyak godaan la...hehe..INSYAALLAH aku boleh!hhehehe..10A+ in SPMmmmmmmmmmmm!!(bayangkan aku tengah menjerit macam tarzan ya..hehe)...HWAITING!
(bersemangat tahap gila ni..hehe)
wish me luck on my exam!!


No comments:
Post a Comment