Hari ni hari Jumaat. macam biasa la, aku start tuisyen pkul 8.30, rehat 9.30-10.30, dan sambung balik 10.30-11.30. aku jalan pegi bus station ngan cik siti aminah. bas aku lambat sikit, pukul 12.15 baru ada. punyalah sesak arini, aku kena berdiri kat tangga bas, kalau ada orang nak turun, terpaksalah berhimpit sikit. huhu. sampai rumah, aku tengok Omel ngan Itam Kecik tengah tido depan rumah (hugging each other. LOL. they were so cute) and their adopted sister was by their side. Yuchi takde kat situ. Omel, Yuchi ngan Itam Kecik tu adik beradik tapi yang paling aku sayang Yuchi la. lepas tu, aku tanya Omel, "Yuchi mana?". Omel buat muka mengantuk tak nak jawab. (in my dream la...hahahahhaa). aku tak tanya Itam sebab dia tak rapat sangat ngan aku. huhu.
| Yuchi!I miss him already |
then, aku terus masuk rumah. ayah aku tengah bersiap nak gi solat Jumaat masa tu. alang-alang aku dah ada kat situ, ayah suruh aku tolong tutupkan pagar. masa tu aku tanya ayah, "Yuchi kat mana?". then ayah cakap Yuchi dah mati, kena gilis kereta sampai keluar bijik mata. "omo!betul ker?". aku masuk rumah, tanya mak aku pulak (bertindak macam tak percaya yang Yuchi dah takde). Yang pergi tu tetap pergi la. memang Yuchi dah mati. mula-mula tu, aku terkejut gilak sebab baru semalam Incik Etam mati sebab demam. Incik Etam ni kira antara yang paling baek la ngan aku. Incik Etam, Yuchi and Oyen. sekarang ni Etam ngan Yuchi dah mati, tinggal Oyen jer la.
| he was an active boy, y'know! |
Pussy (mak Yuchi) nampak down sikit arini, mungkin sebab anak dia mati dalam keadaan tragis kot. kucen pun ada perasaan tau. kalau korang tengok betul-betul, misalnya time korang marah dia ke, ada aura sedih kat muka diorang tau. huhu. aku tak tau la proven secara saintifik ke tidak yang kucen jugak ada perasaan tapi berdasarkan observation aku, memang diorang berperasaan la. am I acting weird again?tak kesah lah. huhu. it's time to leave. bubye. salam
