salam semua..*wave 2* dah lama aku tak update blog ni..hehe..bukan tak nak update, tapi ada sedikit aura kemalasan nak menaip ya..huhu..oke! first topic untuk arini - Class Party! cerita ni dah basi kot tapi tak kira. nak tulis jugak *lagak budak tak matang*hehehe...
jamuan kelas tahun ni kira lain sikit daripada yang tahun-tahun lepas. sebab?sebabnya tahun ni kitorang buat jamuan luar daripada kawasan sekolah..
venue : PCB Resort
date : 15th October 2010 (minggu lepas ya xD)
best gilak!jamuan akhir tahun ni memang gempak la..kitorang buat jamuan konsep santai gitu..hehe..makan sambil lepak..best wo!menu utama ialah ayam BBQ dengan mee goreng...aku sempat la jugak tolong bakar ayam tu tapi setakat 2 3 ketul jer kot..hahaha..bab bakar membakar ni kami serahkan kepada monitor kami yang kiut miut iaitu Cik Siti Aminah!memang pro ya, no doubt!huhuhu..besides, Cik Siti kita ni dibantu oleh kekasih gelap beliau yang menjadikan beliau lebih bersemangat nak bakar ayam-ayam tersebut..hahaha..
masuk bab games pulak..kitorang maen game ala-ala explorace..best sangat..tapi yang sedihnya team aku - Red Team kalah wo!(=_=)''..kalau ikut peraturan, team yang kalah kena tanam dalam pasir..tapi, aku tak kena sebab aku awal-awal lagi dah larikan diri ya..hehehe...tapi diorang denda aku jalan style itik pulak..hahaha..game seterusnya - maen air + maen tepung...untuk kali ni pun, aku agak bernasib baek ya sebab tak kena lempar dengan tepung tu..huhu..special kesian ditujukan kepada Cik Siti Aminah yang menjadi mangsa buli habis-habisan..hahaha..siap kena simbah dengan air campur pasir lagi tau..hahaha..memang tak boleh berhenti gelak tengok dia!kelakar habis!
segmen bersantai di tepi pantai pulak ..siap berjemur ya...segmen ni dimeriahkan lagi dengan aktiviti nyani berkumpulan (aku, cik siti, misshanis, cik umi amirah, cik yaya dengan cik wanie)..lagu yang jadi pilihan - Warisan..hahahha..memang tak kena langsung dengan tema kitorang..takpela, tu menunjukkan yang kami ni patriotik..hehehe...
antara gambar yang sempat di-snap............
misshanis, cik umi amirah, cik siti aminah
having fun~~
F6 4eva n eva!
sempat ambik gamba dengan kucen angkat!
aktiviti santai~~
kesian diorang kena tanam..huhu
(T__________T)
a wonderful day I'd spent with you all
having great time with wonderful people
please, saying goodbye - never !
No comments:
Post a Comment